RM 145
Spesifikasi :- Berat 1.5 kg- Ukuran 24cm x 16.5cm- Kertas Khusus Al qur’an- 1258 Halaman (2 Jilid Ayat Al-Qur’an dan 2 jilid Terjemahan)- Full Colour-Datang dengan 2 set (JUZ 1-15)(JUZ 16-30)- 1 Beg Tangan untuk mebawa Al-Qur’an
Kelebihan:
1. Khat Alquran Tajwid Berwarna
Tulisan khat arab yang rapi dan besar. Mempunyai garis di antara dua baris yang memudahkan pembacaan. Dilengkapi dengan pewarnaan tajwid dengan warna sederhana yang memudahkan anak-anak membaca Al-Qur’an secara tartil. Halaman berwarna memberikan pengalaman tersendiri untuk keselesaan anak-anak kita dalam berinteraksi dengan Al-Qur’an.
2. Kamus Tiga Bahasa
Kamus sederhana tiga bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Menampilkan kosa kata atau aktiviti-aktiviti seharian yang diterjemahkan secara ringkas, dilengkapi dengan ilustrasi atau gambar yang membantu mempercepat pemahaman anak-anak.
3. Jejak Rasul dan Peta
Mengenai perjalanan Rasulullah S.A.W sehingga wafatnya Baginda. Diawali dengan kisah para nabi dan rasul yang ditulis secara ringkas dan padat serta boleh difahami. Disampaikan dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh anak-anak kita. Di sebelah kanan ialah peta yang menjelaskan mengenai jejak rasul dengan menggunakan lakaran peta yang digambarkan secara sederhana dengan tambahan ikon-ikon yang menarik.
4. Sekarang Aku Tahu
Bahagian ‘Sekarang Aku Tahu’ menerangkan ilmu keislaman tentang hal-hal yang menarik. Ianya diambil dari salah satu ayat yang ada pada lembaran yang berkaitan. Dipaparkan dalam gaya bahasa anak-anak kita serta dijelaskan dengan gambar-gambar yang menarik sehingga ianya mudah difahami.
5. Doa
Bahagian ‘Doa’ terdiri daripada doa-doa yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan doa-doa dari hadis-hadis Rasulullah. Dipaparkan dengan tulisan arab yang dilengkapi dengan terjemahannya. Ianya dijelaskan pula
dengan gambar yang memberi kemudahan untuk mempelajari, menghafal, memahami dan mengamalkannya.
6. Tokoh Tokoh Islam
Bahagian ‘Tokoh-tokoh Islam’, berisikan sejarah, karya, nasab, aktiviti yang mudah difahami. Dilengkapi dengan ilustrasi yang memudahkan anak-anak untuk menerima pelajaran dan pengetahuan keilmuan tokoh-tokoh muslim pilihan sejak zaman Rasulullah sampai ke tokoh Islam moden.
7. Tempat Bersejarah
Mengintisarikan tempat-tempat bersejarah Islam di dunia sebagai pengetahuan bagi anak-anak kita dengan penuturan gaya bahasa yang ringan dan dilengkapi dengan gambar untuk mereka lebih mengenali tempat-tempat bersejarah Islam.
FREE GIFT
1. Bekas Pencil
2. Penunjuk Alquran